Pembaca berita RTM, Farit Ismeth Emir, dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi ini. Mesra dengan panggilan ‘Pakngah’, Farit merupakan antara pembaca berita yang pastinya dirindui.
Berita pemergiannya telah dimaklumkan menerusi halaman rasmi RTM-Radio Televisyen Malaysia sebentar tadi.
Menurut Astro Awani, berita tentang pemergian pengacara itu turut disahkan anaknya sendiri Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.
“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah beliau tentu akan dirindui,” katanya.
Salam. Dukacita penyampai berita RTM terkenal Farit Ismeth Emir baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam. Pak Ngah terima kasih atas segala tunjuk ajar.— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) April 20, 2020
AL FATIHAH
Dukacita penyampai berita RTM terkenal Farit Ismeth Emir baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam. Farit, fondly known as Pak Ngah to all of us at RTM. He will be missed.— AkbarSahari (@rabkairahas) April 20, 2020
Semoga Pak Ngah tenang disisiNya. Al-fatihah.
Info dari anak Allahyarham
Tags:
Terkini