Moratorium 6 Bulan: Bank Negara Ubah Fikiran, Bakal Kenakan Faedah


Bagi mereka yang mengambil pilihan moratorium 6-bulan untuk pinjaman sewabeli kenderaan mereka kini akan dikenakan faedah untuk tempoh enam bulan tanpa pembayaran itu.


Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), faedah akan dikenakan mulai esok.Untuk pinjaman secara Islamik pula, kadar bayaran baharu juga turut dikenakan.



Ini bercanggah dengan pengumuman oleh kerajaan Malaysia di mana mereka yang mengambil moratorium untuk sewa beli kenderaan ini tidak akan dikenakan bayaran faedah.Moratorium juga bukan lagi menjadi pilihan automatik dan peminjam perlu memberitahu bank samada mereka mahu mengambil moratorium atau teruskan pembayaran.


Sekali lagi ini bercanggah dengan apa yang dikatakan dahulu.BNM sekarang mahukan pelanggan untuk memberitahu kepada bank dengan jelas pilihan pembiayaan sewa beli kenderaan mereka semasa COVID-19.

Baca lagi: Menteri Kewangan Sarankan Bank Lupus Faedah Terakru Dalam Tempoh Moratorium


Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh ABM tadi, pihak peminjam mempunyai dua pilihan sekarang:


1. Bayar jumlah ansuran terkumpul enam bulan itu sekali dengan pembayaran ansuran untuk bulan Oktober 2020 dan mereka tidak akan dikenakan faedah.



2. Teruskan pembayaran ansuran bulanan bermula dari Oktober 2020 dengan tambahan tempoh pembayaran selama enam bulan. Faedah untuk tempoh tambahan enam bulan itu akan berdasarkan  kontrak sewa beli asal dan akan dikenakan ke atas jumlah bayaran yang tertangguh itu dan perlu dilangsaikan dalam tempoh tambahan tersebut.


Untuk pilihan kedua, mereka akan melihat tambahan pembayaran bulanan bermula bulan Oktober 2020.Untuk mereka yang tidak mahu mengambil pilihan moratorium bermula pada bulan Mei esok, tidak ada sebarang penalti akan dikenakan.


BNM berkata pihak bank tidak boleh mengenakan fi lewat bayar ke atas pembayaran yang ditangguhkan jika mereka mula menyambung pembayaran mereka dalam bulan Mei.


Menurut laporan dari RinggitPlus.com, institusi perbankan negara bakal berdepan dengan kerugian berbilion ringgit jika moratorium asal dilaksanakan.

Post a comment

0 Comments