Menipu Konon Dah Lama Tak Makan, Rupa-Rupanya Warga Rohingya Ini..

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menghulurkan pelbagai bantuan terutama makanan keperluan untuk membantu rakyat yang terjejas. Tiada seorang pun yang tercicir daripada menerima sumbangan termasuklah warga asing.
Namun, ada sesetengah warga asing yang membuat ‘onar’ apabila cuba mengambil kesempatan. Seperti kisah yang dikongsi lelaki ini, warga Rohingya di Kuantan dipercayai cuba menipu dengan mengatakan tiada bekalan makanan sedang baru menerima bantuan tiga hari lalu.

Dapat berita 20 keluarga tak makan

INI CERITA JENIS ROHINGYA TAK MAKAN SAMAN.
Aku ni kalau dengan Rohingya ni bukanlah tak pernah berurusan. Pergi ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh sahaja dah 3 kali. Tapi jenis Rohingya yang dah lama duduk Malaysia ni ramai dah aku jumpa kaki lipat.
Hari ni dapat berita 20 keluarga Rohingya tengah kebulur katanya di Inderapura, Kuantan. Ada 1 keluarga baru dapat anak (gambar 2). Perlukan bantuan makanan segera. Katanya.
Aku pun tanya rakan-rakan Jabatan Amal. Dan telah disahkan yang bantuan makanan telah diberi 3 hari lepas (gambar ke-3). Korang tengok berapa kampit beras Jabatan Amal kasi. Tengok nombor rumah, nombor 13.
Ok tak apa.

‘Sudah lama tak makan’


Dalam kaadaan geram, aku terus gerak ke rumah yang katanya memerlukan bantuan makanan tersebut. Sebelum sampai aku talifon dulu orang Rohingya tersebut.
“Assalamualaikum Taufiq. Saya dapat tahu Taufiq perlukan bantuan makanan. Betul ke?” Tanya aku dengan niat kot-kot dia akan jawab yang bantuan dah diterima.
Tapi dia menipu. Dia kata “Iya abang. Saya sudah lama tidak makan 3 bulan tidak kerja”.

Rumah sama, dapat bantuan 3 hari lepas

Aku sampai je rumah dia, sah rumah nombor 13 (gambar pertama). Rumah yang sama terima bantuan dari Jabatan Amal 3 hari lepas. Huh~ panas betul aku jenis menipu ni. Orang Malaysia pun ramai yang tak makan musim PKP ni, mereka boleh pulak main tipu-tipu macam ni.
Itulah rakan. Kalau korang ada hantar bantuan ke orang Rohingya ni baiknya masuk ke dapur dia. Kot-kot diorang ada stok beras sampai boleh bukak pasaraya. Kaji dulu sebelum beri sumbangan. Ramai yang jenis ambil kesempatan macam ni, dan kaki lipat.
Geram!
Prinsip dan penafian: Aku orang NGO kemanusiaan. Aku tak nafikan keperluan mereka mendapatkan hak makanan. Yang mana dalam kaadaan teruk memang kita bantu. Jangan hukum semua Rohingya sama. Aku akan bantu orang Rohingya seperti biasa, ada peluang ke kem pelarian mereka aku tetap akan pergi. Yang penipu, kita tetap akan tibai.

Post a comment

0 Comments