Kongsi Detik Gembira, Fazura & Fattah Amin Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama


Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah tentu mengimpikan zuriat sebagai pelengkap hidup. Sudah tentu terdetik perasaan gembira apabila mengetahui berita kehamilan dari isteri sendiri.
Menerusi Instagram, Fattah Amin meluahkan rasa gembira atas kehamilan isterinya iaitu Nur Fazura. Kini Fazura dikhabarkan sedang hamil dan usia kandungan baru masuk bulan keempat. Tahniah kami ucapkan!

Setelah melayari 2 tahun perkahwinan


Fattah Amin meluahkan rasa syukur dan gembira apabila mengetahu berita tersebut.Setelah 2 tahun melayari alam perkahwinan, kini mereka bakal dikurniakan cahaya mata sulung. Menurut pelakon itu lagi, kandungan isterinya telah cecah usia 4 bulan.

Mensyukuri setiap detik

Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih buat semua peminat dan keluarga yang tidak putus mendoakan kesejahteraan mereka. Malah, mereka juga bersyukur dan akan menghargai detik-detik terindah ini bersama.
Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang.
Sumber: Fattah Amin

Post a comment

0 Comments