iPhone SE 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM1,999

Bermula dengan sekadar ura-ura, nampaknya impian orang ramai dalam menantikan iPhone mampu milik daripada Apple akhirnya menjadi kenyataan. Pada hari ini, Apple secara rasmi telah melancarkan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone SE 2020.
Tampil dengan nama yang hampir sama model yang pernah dilancarkan empat tahun lalu, iPhone SE pada kali ini nampaknya membawa DNA yang sama dalam menawarkan iPhone mampu milik beserta spesifikasi berbaloi.
Rekaan dan spesifikasi
 Dari segi rekaan, iPhone SE dilihat mempunyai rekaan yang sama seperti iPhone 8. Skrin 4.7-inci antara yang disertakan beserta butang TouchID. Menariknya, Apple turut menawarkan processor Apple A13 Bionic pada model ini. Processoryang sama terdapat pada iPhone 11 Pro. Sokongan Haptic Feedback, kalis air IP67 dan HDR10 antara yang disertakan.
Seperti iPhone 8, model terbaru ini cuma disertakan dengan satu kamera belakang 12-Megapixel f/1.8 namun turut disertakan dengan fungsi potrait mode. Kamera hadapan pula disertakan dengan lensa 7-Megapixel f/2.2.
Sebanyak tiga kapasiti ruang storan ditawarkan bermula daripada 64GB, 128GB dan 256GB. Sebanyak tiga warna ditawarkan pada iPhone SE iaitu warna putih, hitam serta warna eksklusif (PRODUCT)RED.
Harga
Sebuah perkara yang membuatkan orang ramai menantikan serta membuatkan orang teruja mengenai iPhone SE generasi terbaru ini sudah pastinya mengenai harganya.
Bermula dengan sekadar ura-ura yang membuatkan orang ramai skeptikal mengetahui status jenama Apple, jenama ini berjaya merealisasikannya dengan menawarkan iPhone SE 64GB serendah RM1,999 sahaja.
Buat anda yang mahukan ruang storan yang lebih tinggi, model ini turut ditawarkan dengan ruang storan 128GB dan 256GB dengan harga RM2,199 dan RM2,699.
Sememangnya upgrade yang berbaloi sekiranya anda menggunakan model iPhone yang sudah lebih lebih tiga tahun di pasaran. Sebuah harga yang berbaloi untuk didapatkan melihatkan iPhone SE terbaru ini menggunakan processor yang sama seakan iPhone 11 Pro.

Post a comment

0 Comments