‘Ingat Anak Saya Robot Ke?’ – Bapa ‘Samseng’ Mengamuk Anak Diberi Homework Sepanjang PKP

Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu turut memberi kesan secara langsung kepada aktiviti pelajaran dan pembelajaran. Bagi mengisi masa senggang murid, ada guru-guru yang mengambil inisiatif memberi kerja sekolah kepada murid masing-masing sepanjang PKP. Namun niat murni itu disalah erti sehingga seorang bapa sanggup menghantar mesej suara berbaur ugutan kepada guru.

Berapa banyak cikgu nak kasi kerja sekolah?

Dalam mesej suara itu, bapa berkenaan meluahkan ketidakpuasan hati terhadap guru kepada anaknya yang dikatakan terlalu banyak memberi kerja sekolah sepanjang PKP. Dakwa bapa itu, kerja sekolah sebelumnya belum siap dibuat namun sudah diberi tugasan baru.
Tambah menyakitkan hati, bapa berkenaan turut mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan apabila memberi amaran supaya anaknya tidak dimarahi dan diapa-apakan apabila sekolah dibuka nanti. Individu berkenaan turut melabel guru berkenaan sebagai ‘melampau’ dan sempat menyindir jika guru itu menyangka anaknya sebagai robot.
Dalam pada itu, amaran menghentikan pemberian kerja sekolah itu turut diminta bapa berkenaan supaya disampaikan kepada guru-guru lain. Sekali lagi, amaran dibuat dalam pesanan suara kedua yang dihantar itu meminta agar anaknya tidak diambil tindakan di sekolah nanti.
Sumber: Hanya Hamba

Post a comment

0 Comments