COVID19: KKM Sahkan Kluster Baru Libatkan Pelajar Pulang Dari Indonesia


Putrajaya, 19 April- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat satu kluster baru COVID-19 melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.
“Kluster ini terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, salah satu zon merah di daerah Magetan, Indonesia,” katanya.
Tambahnya lagi, dari jumlah itu, 34 orang dikuarantin di Melaka dan sembilan orang di Kuala Lumpur.
”Ini menunjukkan langkah kuarantin dan saringan ke atas semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan untuk memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” ujar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya lagi, sebanyak 65 kes positif dicatatkan melibatkan mereka yang pulang dari luar negara iaitu tambahan dari 17 kes semalam, 43 dari Jawa Timur, 3 kes Acheh, 1 kes daripada Turki dan 1 kes daripada Kalimantan.


NETIZEN UCAP 'HAPPY BIRTHDAY' KP KESIHATAN

Sementara itu, Ribuan pengguna media sosial meninggalkan ucapan dan doa buat Ketua Pengarah Kesihatan pada 'live' sidang media sebentar tadi. Ia berikutan harini merupakan hari lahir Datuk Dr Noor Hisham Abdullah  

Rata-rata warganet menitipkan doa selain ucapan terima kasih atas semua jasa yang telah diberikan pada negara saat tempoh sukar ini. 

Post a comment

0 Comments