Cara Memohon No. Pin LHDN Secara 'Online' Buat Pemohon M40 Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Selain B40, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) turut akan diberikan kepada golongan M40
Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan. RM500 akan dibayar pada bulan April, baki RM500 dibayar pada Mei.

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu sebanyak RM800 melalui skim ini. RM500 akan diberikan pada bulan April dan selebihnya RM300 pula akan diberi pada bulan Mei.
Manakala individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut endapat RM500 iaitu RM250 pada bulan April manakala baki pada bulan Mei.
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Bagi mereka yang BELUM berdaftar, PERMOHONAN BARU boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM dengan cara klik pada pautan DI SINI. Untuk makluman, permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja.

Berikut adalah panduan untuk mengakses masuk atau login ke ezHasil bagi mereka yang belum pernah berbuat demikian atau pertama kali menggunakan sistem e-Filling income tax secara online.

Disertakan juga cara membuat permohonan Nombor Pin untuk Login buat Kali Pertama.

1. Cara mendaftar nombor cukai pendapatan secara online

  • Sila layari ke laman web edaftar.hasil.gov.my
  • Sebelum mengisi borang dalam laman ini, semak terlebih dahulu sama ada pernah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum. Sekiranya pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus skip ke step memohon nombor pin e-filing.
  • Untuk semak sama ada sudah mendaftar nombor cukai atau belum, boleh layari ke link http://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php. Jika tiada rekod, boleh ke step seterusnya.
  • Layari ke link http://daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.php untuk mengisi borang pendaftaran nombor cukai pendapatan. Mana-mana bahagian yang bertanda (*) adalah wajib untuk diisi.
  • Sekiranya mempunyai perniagaan ataupun komisen income, wajib klik pada bahagian "Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)". Sekiranya tiada, boleh abaikan bahagian tersebut.
  • Sesudah lengkap mengisi borang itu, semak semula maklumat yang diisi dikhuatiri tertinggal sebarang maklumat atau berlakunya salah isi.
  • Selesai di situ, boleh klik hantar atau submit.
  • Selepas submit, nombor cukai dan lokasi cawangan file cukai akan diberi. Simpan maklumat ini sebaik mungkin kerana ianya akan digunakan setiap kali adanya urusan percukaian.
Untuk submission borang cukai pendapatan secara online pula, perlu mempunyai nombor pin e-filling terlebih dahulu sebelum dibenarkan akses ke laman tersebut.

2. Cara memohon nombor pin e-filing secara online


  • Sekiranya menggunakan PC, boleh download PDF, manakala jika menggunakan telefon bimbit, boleh save as image dan crop pada borang ini sahaja.
  • Buat yang menggunakan PC namun tiada printer di rumah, hanya perlu insert text pada PDF tersebut dan isi borang mengikut semua maklumat yang diperlukan. Buat yang menggunakan telefon bimbit pula, edit photo lalu insert text.
  • Step terakhir ialah menandatangani borang itu. Kalau menggunakan PC dan tiada printer, apa yang boleh dilakukan ialah menghantar PDF ke telefon bimbit, kemudian screenshotedit photo, pilih tool pencil, dan tandatangan. Kalau menggunakan telefon bimbit dari awal, boleh edit photo, pilih tool pencil, dan tandatangan.
  • Sekiranya ingin submit menggunakan PC, perlu hantar semula file dari telefon bimbit tadi ke PC untuk dimuat naik pada website.
  • Klik Seterusnya untuk mengisi borang maklum balas bagi permohonan nombor pin atau boleh terus ke link https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/form.aspx?path=https://borangmaklumbalas.hasil.gov.my/Submission/Submission/?id=132#/create/1

  • Lengkapkan borang.
  • Subjek letak "Mohon Nombor Pin".
  • Pilih TIDAK pada kolum 'Borang CP600B dilampirkan'.
  • Muat naik atau upload borang CP55D yang telah diisi sebentar tadi.
  • Lampirkan bersama salinan pengenalan diri.
  • Pada bahagian Butiran sila isi, "Dilampirkan Borang CP55D dan salinan pengenalan diri untuk rujukan selanjutnya."
  • Akhir sekali klik submit.
  • Selepas submit, anda akan menerima maklumat rujukan seperti gambar di bawah. Tolong simpan sebagai rujukan untuk check maklum balas dari LHDN berkenaan nombor pin yang telah dipohon.
Selain itu, boleh juga merujuk kepada gambar rajah di bawah tentang proses permohonan nombor pin e-filling ini secara ringkas.


Sumber: Twitter Azrul Izzaham.

Post a comment

0 Comments