Berlakon Solat Sambil Ketawa, Viral Video Lelaki Hina Agama Islam

Viral di media sosial mengenai seorang individu lelaki dikatakan berbangsa Cina yang telah menghina agama Islam. Jika dilihat video yang dirakam, individu tersebut dipercayai seakan melakukan solat secara pantas sambil disaksikan beberapa individu lain. Lelaki tersebut dan beberapa individu lain turut ketawa semasa melakukan perkara tersebut.

Kurang ajar betul!

Menerusi Facebook Myzan My, lelaki ini berkongsi sebuah rakaman video yang dipercayai dimuat naik di akaun Instagram @mmmmmes0829. Video yang berdurasi 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek hitam dipercayai sedang mendirikan solat dalam keadaan bermain-main. Beberapa orang individu dikatakan turut ketawa melihat aksi lelaki tersebut sambil merakam. Lebih menyedihkan, perbuatannya itu didakwa seolah-olah menghina agama Islam ketika negara sedang dilanda musibah.
Video tersebut telah mendapat 28 ribu perkongsian di media sosial. Rata-rata netizen geram akan perbuatan individu tersebut dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap lelaki itu serta merta. Mereka turut berharap individu-individu yang gelak dan merekod perbuatan tersebut turut ditangkap kerana perbuatan yang dilakukan sangat keterlaluan.

Tidak tahu hormat agama

Sumber: Myzan My

Post a comment

0 Comments