Bazar Ramadan Tak Ada Tahun Ini, Jom Try Buat Kuih Limas Tradisi Perak Ini Sendiri


Menjelang sahaja bulan Ramadan, sudah tentu kita terbayangkan kuih pelita, kuih kaswi, samosa dan kuih limas. Aneka kuih ini sangat popular pada bulan puasa sebagai pembuka selera anda. Antara kuih tradisi yang sukar ditemui adalah kuih limas. Kuih ini seakan kuih pelita tetapi mempunyai perbezaan dari penggunaan tepung.
Pengguna Facebook, Norfaizah Hamzah kongsi resipi buat kuih limas yang mudah dengan menggunakan tepung gandum sahaja. Anda juga boleh cuba buat resipi ini di rumah.

Bahan-bahan diperlukan

Bagi menghasilkan kuih limas tradisi Perak ini, anda perlu menyediakan 2 cawan santan pekat, 2 sudu tepung gandum dan garam secukup rasa. Ketiga bahan ini adalah untuk lapisan di atas kuih.
Manakala, 3 cawan santan cair, 1½ cawan tepung gandum, 2 sudu gula, 8 helai daun pandan (blender), pewarna hijau sedikit dan gula untuk isi dalam temalong. Bahan-bahan ini untuk lapisan di bawah.

Cara membuatnya

Langkah pertama anda perlu bancuh kesemua bahan tadi iaitu untuk lapisan atas dan bawah ke dalam mangkuk yang berbeza. Kemudian, panaskan dengan mengukus hingga air mendidih.

Sesudu gula ke dalam tamalong

Masukkan hanya 1 sudu gula ke dalam temalong yang sudah siap dibentuk menggunakan daun pisang tadi.

Lapisan bawah yang sudah dimasak

Langkah seterusnya anda perlu masukkan adunan lapisan bawah tadi ke dalam tamalong dengan sukatan 3/4 sahaja. Biarkan masak selama kira-kira 10 minit supaya masak sedikit.
Ini merupakan keadaan lapisan bawah kuih limas yang sudah siap dikukus. Kemudian, masukkan pula bahan lapisan atas ke dalam tamalong tadi.

Siap dihidangkan

Hasil terakhirnya akan jadi sebegini. Sekali lihat seakan kuih pelita tetapi, bukan… Kuih limas mempunyai rasa manis yang berair, rasa lemak santan dan tepung. Memang sedap!

Post a comment

0 Comments