ATM Nafi Tentera Perlu Pakai ‘Helmet’ Elak Air Kencing Warga Asing



KEMASKINI | Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui laporan dikeluarkan Berita Harian menafikan anggota tentera perlu memakai topi keledar untuk mengelak air kencing warga asing.
Ia susulan daripada laporan sebuah portal berita tempatan yang mengatakan pihak tentera perlu memakai helmet atau topi keledar ketika melakukan operasi PKPD bagi mengelak dilempar barang dari tingkat atas di beberapa kawasan terlibat dalam negara sebelum ini.
Malah pihak mereka melalui kenyataan yang dikeluarkan Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang tidak pernah mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk berbuat demikian.
“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).
“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Post a comment

0 Comments