49 Bas Mulai Hantar Pelajar IPT Pulang

Photo: Twitter Issabelle Leong
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kemudiannya disahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing walaupun musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum berakhir.

Perjalanan pertama pulang pelajar IPT bermula malam tadi. 
Penghantaran pulang oleh pihak kerajaan ini akan melibatkan 53,000 orang pelajar ataupun kira-kira 85 peratus daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya, 15 peratus pelajar IPT memilih untuk menetap di kampus sehingga tempoh PKP ditamatkan.
Hal ini mungkin disebabkan musim peperiksaan yang semakin hampir, kampung halaman yang tidak mempunyai jaringan internet ataupun kampung halaman mereka tidak terletak dalam zon hijau seperti yang disyaratkan oleh Kementerian.
Untuk pengetahuan, dalam tempoh 24 jam bermula malam tadi, seramai 1,128 orang pelajar IPT akan dihantar pulang dengan menaiki 49 buah bas, dari 9 universiti dan menuju ke 17 destinasi berbeza.
Photo: Twitter Dr Hafizal
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, seramai 863 orang akan dihantar dari zon tengah ke zon utara pada malam ini. Manakala 265 orang lagi akan dihantar dari zon utara ke zon tengah pada malam esok.
“Setiap bas akan disanitasi 3 jam sebelum bertolak. Bagasi pelajar juga akan disanitasi.
“Setibanya pelajar di poin drop-off sekitar 9 pagi esok, hanya SEORANG saja ahli keluarga yang mempunyai kenderaan sendiri dibenarkan mengambil pelajar tersebut.

“Bagi keluarga yang tiada kenderaan, wakil frontliners akan menghantar pelajar tersebut terus pulang ke rumah mereka,” kata beliau.
Mengenai peluang pelaja Sabah & Sarawak yang ingin pulang dari Semenanjung Malaysia, selain pelajar yang menuntut di Sabah dan Sarawak yang ingin pulang ke Semenanjung Malaysia, penerbangan pulang mereka akan bermula pada 1 Mei ini. Jadi tiada siapa yang terlepas peluang okay.
Photo: Twitter Issabelle Leong

Post a comment

0 Comments