[VIDEO] Sengaja Jatuhkan Kon Selenggara Jalan Raya, Tindakan Pemandu Biadap Ini Dikecam


Aksi kurang senang seorang pemandu kenderaan yang sengaja menjatuhkan kon undang kecaman orang ramai. Di dalam video berdurasi 0:35 saat itu, pemandu dilihat menolak kon selenggara jalan raya ketika jalan sesak. Walaupun sudah diberi teguran, dia dengan selamba menghiraukannya.

Tolong hormat kerja orang


Menerusi sebuah Tweet yang dimuat naik Faris Hakimi, tindakan pemandu tersebut mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa marah kerana pemandu langsung tidak menghormati kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.
Mereka juga berpendapat si pelaku menyusahkan orang lain dengan berbuat demikian. Video asal dimuatnaik Lando Zawawi di laman Instagram dan lokasi kejadian dipercayai berlaku di tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur.

Menyusahkan

Post a comment

0 Comments