[VIDEO] Rekod Tanpa Kalah Lebur, Watford Tewaskan Liverpool



Rekod tanpa kalah skuad bimbingan Jurgen Klopp musim ini lebur selepas tewas kepada pasukan Watford 3-0. Pendahulu liga itu bertandang Vicarage Road dalam misi melebarkan jarak mata sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah. 



Separuh masa pertama Liverpool lebih mendominasi perlawanan. Namun, Watford lebih banyak membuat beberapa percubaan merbahaya ke gawang yang dikawal Allison Becker. Keputusan berakhir tanpa jaringan.



Watford memerlukan 9 minit dibabak kedua perlawanan untuk mendahului Liverpool melalui Ismaila Sarr pada minit ke 54. Selang beberapa minit kemudian Sarr sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring untuk memberikan lebih keselesaan buat watford pada minit ke 60. Kesilapan pertahanan Liverpool pada minit ke 70 dihukum kapten pasukan Troy Deeney untuk menjarakkan lagi kedudukan. Tamat perlawanan Watford 3 Liverpool 0.

Post a comment

0 Comments