[VIDEO] Liverpool Tewas di Anfield, Tersingkir Liga Juara Juara Eropah



Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool menerima kunjungan Atletico Madrid di anfield dalam perlawanan timbal balik pusingan kalah mati. Pada pusingan pertama pasukan bimbingan Jurgen Klopp tewas 1-0. 


Permulaan tampak serba menjadi diseparuh masa pertama, Liverpool bermula garang dengan asakan bertali arus kepada gol lawan yang dikawal rapi Oblak. Setelah beberapa percubaan berjaya di selamatkan. Pada minit ke 43 pintu gol Oblak berjaya dibocori hasil tandukan Gini Wijnaldum untuk meletakkan Liverpool dihadapan 1-0 keputusan kekal sehingga minit ke 90.

Perlawanan diheret ke masa tambahan setelah kedudukan aggregate terikat 1-1. 

Dimasa tambahan Firmino tidak menunggu lama untuk mencetak nama sebagai penjaring gol pada minit ke 94. Liverpool dilihat lebih dominan dan semakin hampir untuk melayakkan diri ke pusungan berikutnya.


Namun selang tiga minit kemudian kesilapan mudah penjagol Liverpool, Adrian membuat clearance terus kepada Llorente sekaligus meledak untuk gol pertama pelawat minit ke 97 perlawanan. Llorente menjadi duri dalam daging buat Liverpool setelah meledak gol penyamaan mereka minit ke 105. 

Babak kedua masa tambahan bersambung, Liverpool yang terdesak untuk mendapatkan 2 gol lagi untuk mara, membuat beberapa pertukaran. Serangan demi serangan dilakukan, tapi tidak berhasil. Sebaliknya Morata sekali lagi menambah derita Liverpool dipenghujung perlawanan dengan gol tambahan. Keputusan berakhir Liverpool 2-3 Atletico Madrid. 

Kekalahan ini sekaligus menyikirkan Liverpool dari saingan Liga Juara-Juara.


HIGHLIGHT GOAL

Post a comment

0 Comments