[VIDEO] 212 Kes Baru, Malaysia Rekod Kes Covid-19 Paling Banyak Dalam Sehari

Malaysia mencatatkan 4 kematian baharu akibat wabak COVID-19 pada hari ini bersamaan 23 Mac 2020 menjadikan jumlah 1518 keseluruhan dan 14 kematian. Manakala menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 57 orang sedang dirawat di ICU dengan 27 orang memerlukan bantuan penafasan.
Ini merupakan rekod kes tertinggi hari ini berbanding sebelum ini iaitu 212 orang disahkan positif COVID-19.

Mempunyai penyakit sedia ada

Untuk kes kematian yang 13 dan 14, pesakit mempunyai sejarah penyakit sedia ada iaitu kencing manis dan darah tinggi. Tambah beliau, umur lanjut lebih 70 tahun risiko lebih tinggi berbanding umur lain. Untuk kes tabligh semua orang akan membuat ujian bagi memastikan mereka keadaan mereka negatif. Untuk hari ini 23 Mac, sebanyak 123 orang adalah dari kluster tabligh.
Selain itu, kluster lain yang risiko dijangkiti adalah berkaitan dengan individu yang hadir ke majlis perkahwinan kerana ada kehadiran ahli tabligh sebelum ini.

4 kematian kes dilaporkan

Terdapat 20 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada 23 Mac 2020. Jumlah keseluruhan yang telah pulih dan dibenarkan discaj adalah sebanyak 159 kes. 212 kes baru dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah positif di Malaysia sebanyak 1,518 kes. Daripada jumlah baru ini, 123 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.
57 kes positif COVID19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. 27 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan. Sehingga kini, 4 kes kematian baru dilaporkan.
Dalam pada itu, mengikut inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi, pihak KKM akan segera menambah bilangan kakitangan hospital seramai dua ribu orang untuk bantu menangani wabak ini.

Post a comment

0 Comments