Tiada Solat Jumaat di Perlis Hari Ini, Ganti Solat Zohor Dirumah


Putrajaya, 13 Mac- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membatalkan solat Jumaat hari ini di negeri itu.
Dalam kenyataan media dimuatnaik di laman Facebook MAIPs hari ini, mereka menyarankan orang ramai agar menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah masing-masing.
Keputusan itu berikutan hasil perbincangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan mengenai penularan COVID-19 serta pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
“Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Justeru itu pihak Kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan.
“Oleh hal yang demikian, Pengurusan Masjid-masjid di seluruh Negeri Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini,” tulis kenyataan tersebut.

Post a comment

0 Comments