“Terima kasih semua.” -Selesai tugas, Tun M dipeluk erat isteri dengan air mata


Setiap jatuh bangun seorang suami sudah tentu ada insan bergelar isteri yang sangat setia bersama dalam apa keadaan sekalipun.
Jika dilihat dalam arena politik yang sedang meruncing ini, mereka yang berada di atas pemerintahan semuanya mempunyai isteri yang sentiasa bersama dalam waktu senang dan sukar.

Kasih sayang seorang isteri

Pada pagi tadi, seusai sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan al-Bukhary, isterinya Tun Dr Siti Hasmah telah datang kepada suaminya dan memeluk erat negarawan itu.


Merangkul erat suaminya

Tolak tepi sebentar berkenaan kemelut yang melanda, Tun Siti dilihat tersenyum dan sedikit sebak ketika merangkul erat Tun M dihadapan media.
Walaupun masing-masing cuba menyorok gusar dihati, namun mereka berdua tetap mesra melayani media.

Semoga terus dalam pelukan Allah S.W.T

Menerusi muat naik yang mengucapkan terima kasih kepada semua, Instagram rasmi Tun Mahathir telah dipenuhi dengan ucapan-ucapan terima kasih kembali kepada bekas perdana menteri tersebut.
Mereka juga berharap agar Tun M boleh mulai berehat dan setiap jasa serta pengorbana beliau akan terus dikenang selamanya.

Terima kasih Ayah

Selamat berehat Tun

Sumber : chedetofficial

Post a comment

0 Comments