Hari ini viral di media sosial luahan hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang terkilan dengan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid. Malah, TMJ turut mengaitkan kemerosotan itu berpunca dari teman wanitanya, Syifa Melvin.
Tak tahan dikritik ramai, Syifa Melvin tampil pertahankan diri. Menurutnya, dia menafikan apa yang diperkatakan orang ramai mengenai dirinya yang memaksa Safawi berkahwin hingga memberikan tekanan kepadanya.
Tak pernah paksa kahwin
Menurut pelakon tersebut, tuduhan TMJ terhadapnya adalah tidak berasas dan dia menafikan dirinya penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini.Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah memberi tekanan kepada pemain kebangsaan yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin hingga menyebabkan Safawi hilang fokus.
Walau bagaimanpun, Syifa memadam post tersebut di Instagram Story miliknya. Sebelum ini, hubungan kedua-dua merpati sejoli ini tidak perlu dirahsiakan lagi apabila Syifa pernah beberapa kali meluahkan tentang hubungan cintanya bersama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.