Tak Dibenarkan Ziarah & Urus Jenazah, Gadis Luah Kesedihan Ayah Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Angka kematian melibatkan kes Covid-19 di Malaysia telah mencecah jumlah 6 kematian keseluruhan manakala jumlah keseluruhan kes positif ialah 1183 kes. Kehilangan orang tersayang akibat wabak ini amat menyedihkan apabila jenazah mangsa tidak boleh diziarahi oleh ahli keluarga terdekat atas faktor keselamatan. Begitulah yang dilalui oleh Syira apabila dia kehilangan bapanya akibat wabak Covid-19 ini. Jenazah arwah bapanya hanya boleh diuruskan oleh pihak kesihatan.

Arwah ayah salah seorang pesakit Covid-19

Pada 18 Mac lalu, dia menyatakan di Twitter bahawa bapanya merupakan salah seorang pesakit yang sedang dirawat di ICU angkara wabak Covid-19 ini. Dia meminta agar semua rakan-rakan mendoakan kesihatan bapanya kepada sedia kala. Dia dan keluarga turut dikuarantin di rumah dan tidak boleh berjumpa ayahnya pada ketika itu.

Disahkan positif Covid-19

Semalam, keputusan saringan kesihatan miliknya telah diketahui dan dia telah disahkan positif Covid-19. Dia telah ditahan ke hospital dan memohon agar individu yang pernah berjumpa dengannya selama 2 minggu sebelum ini agar menjalani ujian saringan.

Tak dapat urus jenazah ayah

Namun, hari ini dia menerima berita sedih selpas dimaklumkan oleh doktor bahawa bapanya yang sedang bertarung nyawa di ICU telah pergi buat selamanya. Bapanya meninggal dunia disebabkan virus Covid-19 ini. Tambah menyedihkan dia tidak dibenarkan untuk menziarahi atau menguruskan jenazah arwah bapanya. Hal ini berikutan pihak hospital mengikut prosedur penyakit berjangkit.

Rehatlah ayah

Sumber: Syira

Post a comment

0 Comments