Suspek Lelaki Yang Ditahan Kerana Hina Agong Sebenarnya Sakit Mental - KPN



Polis semalam telah menangkap seorang suspek yang dipercayai memuat naik satu posting berupa penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook

Terbaru menerusi laporan Free Malaysia Today, pihak polis memaklumkan bahawa lelaki itu didapati mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata suspek berusia 35 tahun itu mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah kesihatan mental.

    • "Suspek sakit mental," katanya.


      • Hamid berkata, polis tidak akan menyekat kebebasan bersuara dan masih membenarkan perhimpunan awam selagi mengikut undang-undang

        • “Polis tidak berminat untuk menyekat kebebasan bersuara, tetapi kita juga perlu memikirkan keselamatan orang ramai, orang yang tidak terlibat atau tidak berminat," katanya lagi.

          Dalam pada itu, tiga siasatan dilakukan berhubung status Facebook menghina raja manakala kes ke-4 berhubung status yang dimuat naik pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri @FadiahNadwa kerana mempunyai unsur hasutan.
          Semoga tidak ada lagi mana-mana individu yang berani menghina Agong kita selepas ini.

Post a comment

0 Comments