Suri Rumah Ini Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan Hanya Jual Super Ring Di eBay



Snek ringan rakyat Malaysia seperti Super Ring bukan sahaja menjadi kegemaran orang tempatan tetapi juga terkenal di Korea Selatan. Super Ring mencipta fenomena di Korea Selatan kerana Jennie dan Jisoo Blackpink menyukainya.
Apa yang lebih mengejutkan, Super Ring juga rupanya laku dan digilai oleh mereka di Amerika Syarikat. Mesti anda macam tidak percaya, bukan?
Menerusi temubual Mstar, seorang suri rumah iaitu Rabiatul Adilah telah menjalankan perniagaan dalam talian menerusi platform eBay. Beliau telah mendedahkan bahawa keropok Super Ring antara yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat luar negara terutama sekali Amerika Syarikat.
Sedia maklum, snek tersebut yang berharga RM1.60 di Malaysia mampu dijual sehingga mencecah AS$12 (~RM50) di sana. Difahamkan beliau sudah setahun berkecimpung dalam perniagaan di platfrom tersebut dan beliau mula untuk menyertai perniagaan ini selepas melihat rakan-rakannya mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Tambahnya lagi, stok Super Ring, ubat nyamuk dan sebagainya yang dijualnya sebenarnya beliau beli di pasaraya dari Mydin, 99 Speedmart dan Shopee untuk dipasarkan.
Selain keropok Super Ring yang laris dijual di eBay, petai, tempe dan ubat nyamuk turut mendapat permintaan tinggi di luar negara. Beliau turut berkongsi pendapatan beliau dan mendakwa mampu menjana RM4,800 sebulan dengan mudah.

Post a comment

0 Comments