Resepi Milo Stick Ice Cream Homemade 3 Bahan je. Simple, Mudah. Rasa Padu Habis! Kena cuba!

Sekarang tengah viral dengan resepi Dalgona Coffee. Buat yang mereka yang tak gemarkan coffee, mungkin resepi ni sesuai untuk korang cuba. Pastinya resepi ini ringkas dan mudah untuk dibuat. Paling penting rasanya cukup memukau. Sedap!!

Ini dalah cara-cara untuk buat Milo Stick Ice Cream


Bahan-Bahan


  1. Pek Milo 3 in 1
  2. Susu Segar
  3. Susu Pekat Manis

Cara-Caranya


 Sediakan beberapa paket Milo 3 in 1
Sediakan susu cair atau susu segar sebanyak 300ml. Kalau tak ada susu, guna air suam pun boleh
Buka paket Milo 3 in 1 dan campurkan ke dalam susu cair / segar. Paket tu jangan buang dulu
 Kacau sehingga rata dan sebati
Tuangkan susu pekat sebanyak 100ml ke dalam campuran susu dan milo tadi. Kacau sehingga sebati
 Tuangkan ke dalam paket plastik Milo 3 in 1 tadi
Letakkan batang kayu aiskrim ke dalam paket tersebut

Kalau tak ada batang kayu aiskrim, guna stick plastik pun boleh

 Hiaskan dengan coklat cair jika ada
Tadaaaaaa dah siap pun

Lembut dan sedapppppp 😍

Selamat mencuba

Post a comment

0 Comments