Resepi Dalgona Milo, Khas Untuk Bukan Penggemar Kopi

Untuk yang tak suka kopi tapi nak try jugak minuman viral ni, boleh cuba buat Dalgona Milo ni!
Tapi resepi ni gantikan nescafe dengan MILO.
Bahan-bahan: 
  • 2 sudu besar milo
  • 2 sudu gula perang / gula biasa
  • 2 sudu air panas
  • Hujung sudu ovalet
  • Ais
  • Susu segar
Cara-cara:
1. Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
 2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
 3. Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas!
 Tips: Ovalet adalah rahsia untuk kembangkan campuran milo tu, kalau tak guna ni, tak jadi ye.
Hiaskan mengikut kreativiti anda!
Boleh lihat contoh mereka yang dah berjaya buat.



Tunggu apa lagi? Jom la cuba!

Post a comment

0 Comments