Resepi Ayam Goreng Berempah Ala Mamak, Rangup Di Luar Juicy Di Dalam!



Bila berkunjung ke kedai Mamak, memang tak sah kalau tak ‘pekena’ roti canai atau teh tarik kan? Memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak kira peringkat umur. Selain itu, nasi kandar dengan ayam goreng berempah juga antara menu yang menjadi perhatian ramai. Sedapnya!
Menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), Sheena Supramaniam berkongsi resepi ringkas ayam goreng ala Mamak ini tanpa menggunakan sebarang pewarna. Bolehlah cuba di rumah pula selepas ini!

Bahan-bahan diperlukan

Ayam kalau boleh potong kecil lagi
2 tbsp ginger garlic paste /2 sudu besar bawang putih dan halia kisar
1 tbsp fennel powder / 1 sudu besar serbuk jintan manis
1 and half tbspn coriander powder/ 1 setengah sudu besar serbuk ketumbar
1 teaspn turmeric powder/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
2 tbspn chilli powder/ 2 sudu besar serbuk cili
1 tbspn kashmiri chilli powder/ 2 sudu besar serbuk cili kashmiri (optional)
Salt as needed
Masukkan 2 sudu besar tairu/yogurt (saya lupa add)
1 sudu besar serbuk lada putih

Gaul rata & perap minima 1 jam

Mix well
Tutup dengan aluminium foil atau masukkan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk. Perap minimum 1 jam, maximum semalaman. Saya perap 4 jam.
Selepas perap. Saya masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu besar tepung beras.
Daun kari
Mix well

Cara goreng

Panaskan minyak banyak sikit. Api slow biar minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 min. Apabila minyak betul-betul panas. Masukkan ayam dan naikkan api medium.
Lepas masukkan ayam. Jangan kacau untuk 2 minit. Lepas tu pusing sebelah lagi dan biar 2 minit. Ulang step ini untuk seminit atau 2 minit. Total masa untuk masak ayam ni dalam 5 ke 7 minit je.
Perah sedikit jus limau nipis sebelum makan. Makan panas-panas sedap.
Sumber : Sheena Supramaniam via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Post a comment

0 Comments