PM Umum Larangan Pergerakan Seluruh Negara Bermula 18 Hingga 31 Mac 2020




Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung perutusan khas COVID-19 memutuskan Larangan Pergerakan Seluruh Negara Bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. 

Disini kami ringkaskan point penting ucapan YAB Perdana Menteri



1) Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. 
2) Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. 
3) Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4) Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.

5) Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6) Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (iatu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.


TEKS UCAPAN PENUH YAB PERDANA MENTERI





Post a comment

0 Comments