Keluarkan Komen Jelik, Hukuman Penjara Ditambah 2 Bulan Kerana Gagal Bayar Denda

ALOR SETAR: Wanita pembantu kedai yang dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan kerana kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik, gagal membayar denda berkenaan.
Berikutan itu, Nursahira Mohd Mizuar, 20, dibawa ke penjara tengah hari tadi, bagi menjalani hukuman penjara lima bulan mulai tarikh dia ditahan pada 27 Mac lalu.
Terdahulu, Hakim Murtazadi Amran mengarahkan hukuman penjara ke atas tertuduh ditambah dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan ke atasnya.
Nursahira membuat pengakuan bersalah atas tuduhan secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui aplikasi Facebook dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam kejadian Jumaat lalu, polis menahan seorang wanita jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.
Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 di Jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, di sini, kira-kira jam 9 malam.

Post a comment

0 Comments