[VIDEO] Kanak-Kanak 4 Tahun Jatuh dari Tingkat 16, Dipercayai Bermain Sendirian, Panjat Mesin Basuh

Malang tidak berbau. Itulah nasib yang ditimpa seorang kanak-kanak 4 tahun menemui ajal setelah terjatuh dari tingkat 16 di Flat Sri Perak, Sentul, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dipercayai terjatuh dari ruang pagar belakang

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah kepada Harian Metro, pihak polis menerima laporan pada jam 2.30 petang.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain seorang diri di bahagian dapur rumahnya dengan memanjat kerusi dan mesin basuh.

Mangsa yang juga anak angkat pemilik kediaman berkenaan dipercayai terjatuh ke luar di ruang pagar belakang rumah.

Dibawa ke HKL


Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat. Tambah Shanmugamoorthy, siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dijalankan.

Post a comment

0 Comments