Jangan serbu balai polis, arahan mengisi borang ditarik balik sementara waktu - KPN


KUALA LUMPUR: Arahan untuk mendapatkan kebenaran jika orang ramai ingin ke negeri lain ditarik balik, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid berkata, orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan sebarang perjalanan antara negeri tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain.

“Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.

“Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.
“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pergerakaan dan perjalanan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa malam bagi mengulas berkenaan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial.

Terdahulu, Abdul Hamid berkata orang ramai yang berhasrat mengadakan sebarang perjalanan antara negeri kini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

Katanya, ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Post a comment

0 Comments