Enggan Tagih Simpati Dedah Penyakit, Maya Hidap Kanser Sarcoma Tahap Empat


Menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 4 petang tadi, Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee sudah beberapa tahun menghidap kanser. Arwah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh selepas mengadu sesak nafas.
Bercakap kepada Berita Harian, rakan baik, Nurzana Malik memberitahu Maya adalah penghidap kanser sarcoma tahap empat.

Hidap kanser sarcoma

Tambah Nurzana lagi, kesihatan arwah semakin merosot selepas menyertai rancangan realiti, Gegar Vaganza pada tahun 2018.
Arwah sesak nafas selepas makan tengah hari. Jururawat peribadi yang menjaganya menghubungi ambulans dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital.
Saya mendapat berita arwah sesak nafas dan terus ke hospital. Bagaimanapun, saya diberitahu arwah meninggal dunia dalam perjalanan, tidak lama kemudian.
Arwah sudah lama menderita penyakit kanser sarcoma. Keadaan kesihatannya semakin merosot selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelima pada 2018.
Malah, pada bulan lalu arwah baru sahaja pulang daripada rawatan di sebuah hospital di China. Sebelum mendapatkan rawatan. kesihatannya teruk dan pergerakannya terbatas.

Kerap muntah kesan ubat

Tambah Nurzana lagi, arwah sudah bersedia mahu memberitahu umum namun menangguhkannya sehingga kesihatan stabil. Namun sayang, Allah lebih menyayanginya, arwah tidak berkesempatan.
Disebabkan itu, arwah banyak menyepikan diri. Dia enggan mendedahkan penyakit kerana tidak mahu netizen menganggapnya menagih simpati dan cuba meraih populariti. Arwah tahu dia akan mendapat perhatian jika rahsia penyakitnya didedahkan.
Selepas rawatan di China, kesihatannya semakin baik dan Nurzana sendiri ada menjaganya.
Arwah semakin okay. Saya bertemu dan menjaganya, empat hari lalu. Saya menyediakan makanan dan berbual panjang, cuma arwah kelihatan kurang ceria.
Keadaan kesihatannya lebih baik berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, dia kerap muntah akibat kesan ubat. Tak sangka, arwah tiba-tiba sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhir secepat ini.
Difahamkan arwah dijaga oleh ibu dan menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya di dalam ambulan.
Sumber : Berita Harian

Post a comment

0 Comments