‘Duduklah Diam-Diam Dirumah’- Perdana Menteri Rayu Rakyat Ikut Peraturan Kawalan Pergerakan


Wabak COVID-19 yang semakin menular di negara mula mencetuskan panik orang ramai. Walaupun sudah dimaklumkan agar orang ramai bertenang dan mengikut arahan dikeluarkan, namun sebilangan besar masih mengingkari arahan perintah pergerakan yang dilaksanakan mulai hari ini, 8 Mac 2020.
Susulan keadaan yang dilihat tidak terkawal, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin merayu agar rakyat Malaysia memberi kerjasama agar Malaysia dapat membendung wabak ini dari terus merebak teruk.

Duduklah dirumah

Saudara-saudari tak perlu bersesak-sesak ke MRT untuk ke tempat kerja. Anak kita tak perlu ke sekolah dan lain-lain yang boleh mendedahkan mereka kepada kepada COVID-19. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak-anak isteri dan keluarga.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, wabak ini dapat dibendung jika dapat sokongan dari semua orang, doktor polis jawatan awam, swasta. Inilah tujuan utama pengawalan ini dilaksanakan.
Bukan untuk balik kampung atau memenuhi jemputan kenduri. Ini tujuan agar saudara saudari duduk di rumah. Protect your family and yourself.
Tegas Tan Sri Muhyiddin Yasin, kelonggaran ini bukan sengaja untuk tujuan ke majlis keramaian. Ini bertujuan untuk mengasingkan pesakit terkena jangkitan ini dalam tempoh 2 minggu. Dalam pada itu, menurut beliau wabak ini akan lebih serius jika orang awam tidak mengikut arahan kerana ianya boleh jangkit dari manusia ke manusia melalui bersentuhan. Itu antara tujuan utama kerajaan mengistiharkan penutupan sekolah dan pejabat agar semua tidak bersentuhan dengan rakan-rakan.

Amalkan penjagaan yang rapi

Untuk mengelakkan risiko jangkitan orang ramai tidak boleh makan dikedai. Boleh bungkus atau gunakan perkhidmatan ‘home food delivering service’. Jangan guna peluang ini untuk lepak di kedai mamak. Janganlah lakukan hal itu.
Tambah beliau lagi, dia berharap dalam tempoh 14 hari ini orang ramai boleh memberi kerjasama agar duduk di rumah sahaja.
Dalam tempoh 2 minggu ini duduklah diam diam dirumah. Tengoklah televisyen atau apa apa. Saya takut melihat seramai itu. Saya ingin merayu kepada saudara saudari. Duduklah dimana anda berada. Batalkan niat untuk pulang ke kampung. Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini sahaja. Ingin putuskan rangkaian jangkitan supaya jumlah orang dijangkiti COVID-19 ini dapat dikurangkan atau dihapuskan.
Sumber : Harian Metro

Post a comment

0 Comments