COVID19: Tentera Bantu Polis Bermula Ahad Ini


Khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes Covid-19.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan yakin dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

"Kita harap rakyat akan lebih patuh dengan arahan yang diberikan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, Jumaat.

Post a comment

0 Comments