COVID19: Malaysia Catat Kematian Keempat, 153 Kes Baru



SHAH ALAM - Malaysia mencatatkan kes kematian keempat disebabkan Covid-19 membabitkan seorang lelaki berusia 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes positif koronavirus (Covid-19) mencatat peningkatan apabila 153 kes baharu dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,183 kes.
"Berdasarkan siasatan awal, daripada jumlah itu sebanyak 90 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
"Sehingga kini, seramai 37 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 23 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

KENYATAAN AKHBAR KKM






Post a comment

0 Comments