COVID19: KKM Laporkan 130 Kes Baharu, Rekodkan 1,030 Kes Keseluruhan


SEHINGGA 12 tengah hari ini, 130 kes baharu positif koronavirus baharu (Covid-19) direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan 1,030 kes dalam negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur.
“Sehingga kini, seramai 26 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media di laman rasmi beliau, hari ini.

Post a comment

0 Comments