COVID19: Doktor Perubatan Mangsa Korban Ke-9, Lelaki Tabligh Korban Ke-10


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hari ini terdapat satu lagi kes kematian COVID-19 melibatkan seorang doktor perubatan. Menurut Dr Noor Hisham,  mangsa warga Malaysia berusia 48 tahun adalah kes ke-890 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

Disyaki bukan frontliners

Menerusi status terbaru di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan khabar duka melibatkan satu lagi kes kematian. Korban kesembilan ini mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Mangsa dimasukkan ke hospital pada 17 Mac 2020 kerana mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac dan kesihatan semakin merudum sebelum diberikan bantuan alat pernafasan pada 19 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Lelaki Tabligh Korban Ke-10

Menerusi sidang media tebaru sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan terdapat satu lagi kematian melibatkan mangsa Covid-19. Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm.

Sumber : Noor Hisham Abdullah

Post a comment

0 Comments