COVID19: 235 Kes Baru di Malaysia, Paling Tinggi dalam sehari. Keseluruhan Cecah Angka 2031


Peningkatan mendadak kes baru COVID19 di negara kita sebanyak 235 kes pada 26 Mac 2020 setakat 12 tengahari tadi. Dengan penambahan kes baru ini, Jumlah keseluruhan kes di Malaysia mencecah angka 2031 kes. 

Penambahan kes ini juga merupakan paling tinggi pernah dicatatkan. 60 daripada kes baru dari perhimpunan Seri Petaling. Jumlah kematian akibat #COVID19 di negara kita terus meningkat kepada  23 orang, setakat 5pm ini.

Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Beliau menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif #COVID19.

Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai later belakang penyakit kronik.

Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID19.

Seramai 215 pesakit #COVID19 di negara ini berjaya disembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 12pm, 26 Mac 2020. 

Ini termasuk 16 lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj. 






Post a comment

0 Comments