Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru

Kurang lebih seminggu yang lalu China mengumumkan negara mereka bebas daripada wabak COVID-19. Pengumuman yang dibuat berjaya membuatkan negara lain teruja melihat kepada bagaimana negara terawal menerima wabak ini bebas sepenuhnya.
Nampaknya kebebasan wabak COVID-19 di China tidak berpanjangan apabila dilaporkan sebanyak 54 kes terbaru serta tiga lagi kematian telah direkodkan. Berdasarkan laporan daripada Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, jumlah kematian disebabkan COVID-19 di China setakat ini direkodkan sebanyak 3,295.
Berbeza pula dengan media di Amerika Syarikat yang mendakwa China ‘menyembunyikan’ jumlah sebenar warga mereka yang dijangkiti wabak COVID-19 begitu juga dengan jumlah kematian.
Kehadiran semula wabak ini bukan sahaja merisaukan warga China malah orang ramai seluruh dunia sekaligus memberi indikasi bahawa wabak ini tidak boleh diambil mudah meskipun negara disahkan bebas daripada penyakit ini.
Lebih merisaukan, China pada beberapa hari yang lalu telah membenarkan warga mereka yang berada di wilayah Zhejiang dan Jiangsu untuk travel semula sekaligus menimbulkan kerisauan buat negara-negara lain.
Setakat ini berdasarkan laporan semasa, Amerika Syarikat muncul sebagai negara dengan jumlah kes COVID-19 tertinggi di dunia setakat ini dengan 104,007 kes.

Post a comment

0 Comments