41 Kes Baru COVID19, 5 di ICU. Jumlah Meningkat 238 Kes di Malaysia.



PETALING JAYA: Sebayak 41 kes baru jangkitan wabak Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikannya jumlah tertinggi catatan harian kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kesemua kes baru yang disahkan itu adalah dari kalangan pesakit di bawah jagaan (PUI), iaitu sebanyak 37 kes dan kontak rapat melibatkan 4 kes.
“Dengan pertambahan 41 kes baru ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 238 kes,” katanya.
Noor Hisham berkata, 203 kes masih dirawat di wad dengan 5 daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
“Sehingga 14 Mac, sebanyak 1,321 sampel dari pesakit influenza- like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) telah diuji di IMR, semua makmal kesihatan awam dan hospital.
“Setakat ini 3 sampel positif jangkitan Covid-19. Kesemua kes positif ini berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.”
Sementara itu, beliau menyeru orang ramai agar kekal tenang dan mengelak daripada menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan perhimpunan tabligh di Sri Petaling bagi menjaga kepentingan umum.
Terdahulu, hampir 200 orang dari Tawau dan 132 orang dari Kelantan yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Feb hingga 2 Mac lalu, hadir ke beberapa fasiliti kesihatan bagi menjalani ujian saringan Covid-19.

Post a comment

0 Comments