1GB Data Percuma Bermula 1 April Untuk Celcom, Digi, Maxis Dan U Mobile - SKMM


Susulan daripada pengumuman kerajaan berkaitan penawaran internet percuma, kini SKMM telah mengeluarkan info lanjut berkaitan perkara berkenaan.
Menurut SKMM, semua pelanggan pascabayar dan prabayar untuk rangkaian CelcomDigiMaxis dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi secara percuma sebanyak 1GB sehari bermula 1 April 2020 sehingga tempoh PKP tamat.
Penawaran data percuma ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang sepanjang tempoh berkenaan.
Disamping itu, panggilan percuma turut ditawarkan untuk talian hotlineNational Crisis Preparedness and Response Centre, Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.
Disamping itu, pihak SKMM turut mengatakan yang syarikat telekomunikasi telah memberikan komitmen untuk melabur sehingga RM400 juta untuk meningkatkan liputan serta memastikan kualiti rangkaian yang tinggi.
Selain syarikat telekomunikasi, Astro dan Unifi TV akan turut menawarkan akses tontonan percuma sepanjang tempoh PKP ini. Astro menawarkan 14 saluran filem dan 11 saluran berita percuma, selain 22 saluran percuma menerusi aplikasi Astro On-The-Go. Unifi TV pula menawarkan akses percuma ke semua saluran dan diskaun 20% untuk perkhidmatan Video-on-Demand.

Post a comment

0 Comments