Seperti yang sedia maklum lanskap politik Malaysia memasuki fasa baru. Dalam beberapa hari lepas pelbagai kejutan berlaku, perletakan jawatan Perdana Menteri dan bermacam isu. Harini adalah hari pertama kali dalam sejarah dimana YDP Agong menerima mengadap kesemua Ahli Parlimen di Malaysia untuk 'interview' seorang demi seorang dalam pembentukan kerajaan selepas ini.
Ahli Parlimen Naik Bas
Mencuri perhatian media dan masyarakat yang mengikuti rapat perkembangan politik tanah air adalah kesemua ahli parlimen BN dan PAS menaiki dua bas ke Istana negara. Ini sesuatu yang baru berlaku.
Sebuah bas dipercayai membawa Ahli Parlimen PAS masuk ke Istana Negara kira-kira jam 2.48 petang. Kesemua mereka dijangka akan bertemu dengan YDPA. pic.twitter.com/hh7OvMCuQg— Berita Alhijrah (@beritaalhijrah) February 25, 2020
0 Comments