[VIDEO] Liverpool Hampiri Kejuaraan, Kekal Rekod Tanpa Kalah


Liverpool menerima kunjungan West Ham United pada perlawanan ke 27 liga di Anfield. Perlawanan dianggap mudah oleh pemerhati bolasepak, ternyata sebaliknnya berlaku. Liverpool bermula garang pada permulaan perlawanan. Seawal minit ke sembilan pasukan tuan rumah mendahului hasil jaringan Georginio Wijnaldum


Kedudukan tidak bertahan lama, selang dua minit kemudian hasil dari sepakan penjuru Robert Snodgrass ditanduk kemas Issa Diop untuk meletakkan West Ham United kembali terikat. Kedudukan kekal hingga separuh masa pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, David Moyes melakukan pertukaran pertama. Hasilnya pemain gantian Pablo Fornals mengejutkan skuad kendalian Jurgen Klopp dengan jaringan kedua padam minit ke 54 sekaligus memimpin perlawanan. Tersentak dengan jaringan tersebut pengurus Liverpool membuat pertukaran pemain mengeluarkan Neby Keita dan membawa masuk Oxlade-Chamberlain untuk menambah sengat dibahagian serangan. 


Liverpool dilihat lebih aggressive dengan asakan bertali arus dan hasilnya Mohamed Salah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 68 selepas menerima hantaran dari Andy Robertson. Berbaki 10 minit terakhir Sadio Mane muncul wira Liverpool dengan jaringannya pada minit ke 81.

Keputusan berakhir Liverpool 3-2 West Ham United

Post a comment

0 Comments