[VIDEO] Laungan Azan Persis di TV, Suara Merdu Sharul Kamal Buat Imam Mesir Terpegun


Penyanyi kelahiran Akademik Fantasia 5 Sharul Kamal merupakan antara artis muda negara yang sedang membina nama dalam industri muzik Tanah Air.
Memiliki suara yang merdu dan berwajah tampan, Sharul dilihat masih belum menyerlah seperti rakan seangkatannya yang lain. Namun, ia bukan titik penamat bagi pemuda berusia 22 tahun untuk terus memeriahkan industri seni negara.

Tarik perhatian imam

Baru-baru ini, video laungan azan Sharul Kamal telah tular dimedia sosial kerana begitu merdu hingga mendapat pujian daripada semua.
Pada awalnya dia sekadar suka-suka saja melaungkan azan  di Makam Sultan Al-Muayyad lama di Mesir keran lokasi tersebut adalah tempat bilal zaman dahulu melaungkan seruan sembahyang.

Bergema laungan indah

Menurut Sharul lagi, dia telah disapa oleh imam Masjid Sultan Muayyad dan memintanya melaungkan azan dan mendapat perhatian media selepas video yang dimuat naik tular.
Oleh sebab itu, Sharul telah memuat naik rakaman penuh laungan azan persis bilal di Mekah di Instagram miliknya.

Masya Allah merdunya

Oleh sebab itu, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen di ruangan komen sumber. Rata-rata daripada mereka telah menzahirkan rasa kagum dengan kemerduan suara Sharul yang begitu menghibakan.
mereka juga sempat memuji dan mengakui bahawa laungan azan yang dibuat oleh pemuda itu begitu menyentuh hati dan indah apabila didengar.

ciri2 bilal ni

Suara sama macam dalam TV

Sumber : Sharul Kamal

Post a comment

0 Comments