[VIDEO] Duduk Bersila Dengar Ceramah Ustaz Abdul Samad, UAI & Mufti Pahang Terima Pujian Ramai

Pendakwah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad dilaporkan berkunjung ke Malaysia untuk menjalankan aktiviti dakwahnya sejak 2 Februari hingga Ahad ini. Kunjungan beliau ternyata mendapat sambutan ramai sehingga mencecah 20,000 orang yang hadir ketika program ceramah perdananya di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Selepas itu, beliau difahamkan ke Kuantan Pahang dan Himpunan Perdana Penyatuan Ummah itu turut dihadiri Mutfti Pahang, Dato’ Sri Dr Hj Abdul Rahman dan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Ramai yang datang

Menerusi laman I Love Pahang, Mufti dan Ustaz Azhar Idrus dilihat duduk bersila mendengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad. Majlis ilmu yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan turut dihadiri beribu-ribu umat Islam yang lain.
Difahamkan, majlis pada Jumaat itu dimulai dengan Kuliah Maghrib Khas dari Ustaz Azhar Idrus pada jam 7.30 malam. Kemudian sesudah Isyak, Ustaz Abdul Samad mengambil tempat memulakan Ceramah Perdana Khas pada jam 9.00 malam.

Alhamdulillah, terbaik

Rata-rata memuji tindakan merendah diri insan-insan ternama tersebut. Malah, ramai di antara mereka yang mahukan majlis ilmu seumpama ini kerap dilakukan kerana sambutan yang luar biasa dari orang awam sendiri.
Menurut mereka, melalui majlis ini sebeginilah mereka dapat berjumpa penceramah dengan lebih dekat.
Sumber : I Love Pahang

Post a comment

0 Comments