Tun M Letak Jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu


Kemelut Politik Malaysia dilihat makin hangat diperkatakan selepas perjumpaan makan malam di Hotel Shelton malam ahad. Ia dikuatkan lagi dengan keputusan mengejut YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad yang menyerahkan surat perletakkan jawatannya selaku Perdana Menteri Malaysia kepada Yang di Pertuan Agong kira-kira jam 1 tengahari tadi.


Berikut adalah kenyatan rasmi

 Kenyataan Media Perletakan Jawatan Perdana Menteri


Perletakan Jawatan Tun M selaku Pengerusi Bersatu

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti berkenaan keluar Pakatan Harapan (PH).

Dr Mahathir adalah antara pengasas dan Pengerusi BERSATU yang juga Pengerusi PH.
Terdahulu, PKR memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti atas 'pengkhianatan terbuka' yang dilakukan mereka.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, dengan pemecatan itu, secara automatik jawatan Timbalan Presiden yang disandang Mohamed Azmin dan Zuraida sebagai Naib Presiden turut terlucut.
Menurutnya, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira peranan dua menteri itu sebagai 'watak utama' mencetuskan ketidakstabilan politik negara.
Sementara itu, 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti itu dan PH bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.
Mereka adalah Mohamed Azmin Ali iaitu Ahli Parlimen Gombak, Zuraida (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Post a comment

0 Comments