Tertanya Kenapa Air Milo Lori Sedap Sangat? Lelaki Ini Bongkarkan Misteri Resepi Sebenar!


Pasti ramai di antara kita yang sukakan rasa Milo bancuhan lori Milo. Air Milo bukan sebarang air Milo tapi specific air Milo yang dibancuh dalam lori Milo tu!

Ala, air Milo yang selalu kita minum waktu lori Milo datang ke sekolah zaman muda-mudi dulu. Air Milo yang dibancuh lori Milo memang rasanya lain daripada yang lain. 

Nak dapat rasa yang sama bila order di kedai mamak pun tak sama, apatah lagi air Milo yang dibancuh sendiri. Memang rasanya jauh sekali tak sama!
Tapi jangan risau kerana seorang lelaki telah membongkarkan resepi sebenar air Milo bancuhan lori Milo
Menerusi perkongsian yang telah dibuat pada tahun 2016, Syahrin Yen Zaini, telah menceritakan cara membancuh Milo menerusi pemerhatiannya dari pekerja lori Milo yang sedang membancuh Milo.

Baca perkongsian penuh di bawah:
Resepi air Milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang Milo bancuh air. Anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri. Jangan tanya saya apa-apa sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo. OK lah untuk memendekkan cerita.
PS; Resepi ini adalah mengikut bancuhan dalam skala yang besar.
  • 8 tin Susu Pekat
  • 8 tin Susu Cair
  • 4 liter Air panas
  • 4 paket Milo (1kg) total 4kg
  • Ketulan Ais
Cara membancuhnya:
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali ais dan kacau rata. 
  2. Tuangkan bahan bancuhan tadi ke dalam bekas air.
  3. Masukkan ketulan ais.
 Susu Pekat Cap Junjung.
 Pada pengamatan saya sebanyak 8 tin Susu Pekat Cap Junjung digunakan.
 Susu Cair Ideal.
 Mungkin dalam 6 ke 8 tin susu cair digunakan.
 4 paket serbuk milo (1kg/paket).
Bancuh dengan 4 liter air panas. Kacau rata.
 Masukkan ke dalam bekas air dan tambah ketulan ais. Kat sini dia guna sepaket besar ais.
Sedia untuk diminum.
Pesanan ringkas:
Kalau nak buat guna sekilo Milo resepi di atas bahagikan kepada 4 bahagian dan seterusnya lah. Buat kira-kira anda sendiri kalau nak kurang atau lebihkan bahan. Perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan Milo kaw kaw tersebut.
Saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan Milo anda tidak sama seperti rasa Milo lori, mendapat diabetes, kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap Milo.

Selamat Mencuba!!

Post a comment

0 Comments