"Allahuakhbar!" - Jeritan Bapa Temui Anaknya 9 Bulan Mati Dalam Kereta

Ahli keluarga dan waris terdekat mangsa berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik (Bahagian Patologi Forensik) bagi menunggu proses bedah siasat.
KUANTAN: Bayi perempuan berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Kompleks Tun Razak (Komtur), Indera Mahkota di sini, hari ini.
Bayi berkenaan, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui ketika bapanya mahu keluar makan pada jam 1 tengah hari.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata berdasarkan siasatan awal, bapa bayi berumur 38 tahun itu menghantar anak perempuan sulung berumur 10 tahun ke sebuah sekolah di Kampung Chendering di sini kira-kira jam 7.20 pagi.
Selepas itu bapa mangsa kemudian pulang ke rumah untuk mengambil isteri berumur 39 tahun dan dua anak perempuan termasuk mangsa.

BERITA BERKAITAN: JERITAN DENGAN HINGGA TINGKAT 3, TOLONG JANGAN KUTUK BAPA MANGSA
“Pada jam 8.25 pagi, bapa mangsa menghantar pula anak kedua berumur enam tahun ke sekolah yang sama untuk prasekolah sebelum menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota dan terus menuju ke tempat kerjanya di Komtur.


“Sepatutnya mangsa dihantar ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 di sini tetapi bapa mangsa terlupa dan dianggarkan mangsa ditinggalkan di dalam kereta kira-kira empat jam dari jam 9 pagi,” katanya kepada media di sini hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Siasatan akan dijalankan dengan mengambil kira semua aspek termasuk salah laku jenayah dan kecuaian. Kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 200.
Sementara itu, tinjauan di bilik mayat HTAA mendapati saudara mara dan rakan keluarga bayi itu menolak untuk ditemuramah.

Post a comment

0 Comments