TERKINI: Wabak H5N1, Selsema Burung Menlanda China. Lebih 4,500 Ekor Ayam Mati


China melaporkan kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus.


"Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam, dan 4,500 ekor ayam telah mati setakat ini.

"Pihak berkuasa tempatan telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam," menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China pada lewat Sabtu.

Virus Hunan H5N1 bermula ketika pihak berkuasa China terus giat berusaha menyekat penyebaran koronavirus yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 300 orang.


Virus selsema burung H5N1, juga dikenali sebagai selsema burung, menyebabkan masalah pernafasan yang teruk pada burung dan ayam

Jangkitan daripada haiwan kepada manusia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah sukar, namun tidak mustahil berlaku.


Tiada kes jangkitan ke atas manusia dilaporkan buat masa ini.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), H5N1 mampu menular kepada manusia melalui hubungan dekat dengan burung yang terkena dengan wabak tersebut.
“Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah,” kata WHO. “Tidak ada bukti bahawa penyakit ini dapat disebarkan kepada orang melalui makanan yang disiapkan dengan baik dan teliti.” Lapor WHO.

China bukanlah satu-satunya negara yang sedang dilanda wabak ini, terdahulu pihak berkuasa India telah memusnahkan ayam dan telur yang dijangkiti wabak tersebut.

Post a comment

0 Comments