Tak Sampai Dua Jam Culik, Perompak Tinggalkan Kanak-Kanak 6 Tahun Tepi Jalan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dilarikan perompak pada sekitar 7.45 pagi tadi telah berjaya ditemui. Kejadian berlaku apabila perompak berkenaan bertindak masuk dan melarikan kenderaan mangsa di mana kanak-kanak itu berada.

Diculik sebelum ke tadika

Memetik sumber daripada BH Online, difahamkan ibu kepada mangsa berhentikan kenderaan jenis Proton Exora di sebuah gerai untuk membeli kuih sebelum menghantar anaknya itu ke tadika di Cabang Tiga, Kemubu. Suspek lelaki itu kelihatan memakai pakaian berwarna kuning dan berkopiah, kemungkinan juga baru saja pulang dari masjid.

Terus masuk ke dalam kereta

Terbaru, kanak-kanak lelaki itu telah berjaya ditemui pada jam 9.30 pagi tadi. Perompak berkenaan telah meninggalkan mangsa berserta kenderaan itu di Kok Lanas. Mangsa tersebut kini berada di Balai Polis Kok Lanas. Menurut bapa saudara mangsa, Che Azwadi Che Mud menceritakan kejadian yang berlaku semasa kakaknya bersama anak saudara dalam perjalanan ke tadika.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, kakak berhenti untuk membeli kuih namun anak saudara berada dalam kereta kerana enggan turun. Secara tiba-tiba seorang lelaki datang terus masuk ke dalam kereta dan melarikan kenderaan bersama anak saudara saya.

Post a comment

0 Comments