Sony PlayStation 4 Sedia Untuk Dimiliki Dengan Harga Serendah RM799 Sahaja

Hampir tujuh tahun dilancarkan, Sony PlayStation 4 nampaknya masih mempunyai jumlah pemain yang tinggi. Tidak kurang juga jumlah game yang banyak ditawarkan pada konsol ini.
Terbaharu, Sony PlayStation 4 Slim dengan ruang storan 500GB sekali lagi hadir dengan penawaran harga rendah di Lazada dimana anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM799 sahaja. Model yang ditawarkan turut hadir dengan waranti selama satu tahun.
Untuk pengetahuan, penawaran harga rendah serta promosi terhad daripada platform Lazada ini antara harga terendah yang pernah kami lihat. Sememangnya pembelian yang berbaloi buat anda yang sudah lama menginginkan konsol daripada Sony ini.
Ditambah pula dengan berita kehadiran Sony PS5 yang bakal dijual dengan harga mencecah RM3,000, pastinya memiliki Sony PS4 dengan harga promosi berbaloi untuk direbut. Klik di sini untuk mendapatkan Sony PS4 dengan harga promosi.

Post a comment

0 Comments