Resepi Kudapan Kerepek Lobak Merah Guna 3 Bahan Je!


Antara dilema dihadapi ibu bapa adalah kepayahan mencari kudapan untuk anak-anak. Apa tidaknya, kebanyakan yang ada di pasaran mengandungi pelbagai perisa dan pengawet yang tidak menyihatkan. Pengguna Facebook Noraliza Alwi berkongsi resepi carrot chip sihat dan mudah.

Hanya 3 bahan

Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak/mak yang pening bila anak asyik nak snek..nak snek.
Resepi senang ya amat. Sihat pula tu.
Guna 3 bahan saja;
“Resepi Carrot Chips Mudah”
1. Carrot – ikut suka banyak mana
2. Olive oil
3. Garam sedikit sahaja
Mesti ada peeler ya di rumah nak senang kerja.

Cara-caranya

1. Caranya basuh bersih carrot.
2. Bolehlah peel carrot dengan agak tebal.

Elak putus-putus

3. Cuba elakkan dari terputus-putus.
4. Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil.
5. Bakar pada suhu tinggi 250 darjah Celsius selama 20 minit.
Siap bakar garing bole munch munch macam potato chip.
Oh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.
Sumber: Noraliza Alwi

Post a comment

0 Comments